Sunday 18 May 2014

Menu sahur hr ptama

Assalamualaikum.

Smlm sebelum tdo dh siap prepare brg nk dmasak. Minggu ni kami bhajat nak posa, sbb nak habiskan niat nazar yg sekian lama ttangguh. Husband kata, kalau dpt posa 2 minggu straight lg baik, in shaa Allah boleh ye dak?

So cm besa, aku msti fkir menu plg best tuk sahur.ylah, 1st day kan. Esok2 dh xbrp nk rjin cr menu sahur haha.pkir pya pkir, besa nya aku plg selera klu sahur ada ayam goreng. Nak2 ayam goreng panas2.wahh!!!!

So aku decide nak masak ayam goreng, telur goreng, dan taugeh.haaa menu campur2 fav aku dan hubby.


Tp lps siap msk, xjd nk goreng telur mmandangkan smlm dh mkn menu telur msa dinner kt luar. Kebetulan plak ada mangga ngan sambal goreng belacan. Haa, lps tu bsahur la kami dgn rahmat Allah utk bpuasa pd siang hari. Alhamdulillah.

Thursday 8 May 2014

Perjalanan Hijrahku Vol 1


The story begin when i received my 1st baju raya for this year. I am very excited because this is my very first time to wear jubah as my baju raya. I cant wait to try my jubah and when i did, i felt something. Yes, something that i cant understand.

i felt very comfortable to wear that jubah and suddenly thinking why not buy some wide shawl to mix and match with my jubah. Guess what?? i did it... yeeaaa i did!!

at first i thought that this raya will be my 1st raya to wear 'jilbab' but then i change my mind. Why i have to wait until raya to change? why not now? its a same question that i always asked myself. Until one day, i watch this video from Oki Setiana Dewi about jilbab. Yess, i always said before that i should change my intentions, my akhlak before i change my appearances. But why not i change my appearances first and slowly pray to Allah about my intentions.

and yesssss, i did that !!

thanks to Allah, dengan redha nya aku berjaya mengubah sedikit penampilanku. dengan berjilbab aku merasa lebih selamat dan selesa.


Wanita Syurga Permata yang Berharga

 

1hb April 2014, aku menyuarakan hasrat kepada sang suami akan keinginanku untuk berjilbab. Penantian penuh debaran kerana aku yakin sang suami akan memperlekehkan hasrat ku. Yalah, lazimnya aku berpakaian mengikut arus fesyen semasa dan mungkin menurut perkiraanku suamiku akan merasa bahawa aku hanya terdorong dek fesyen artis di kala ini.

Tapi aku silap, aku mendapat kata Alhamdulillah atas keinginanku. Doa yg sekian lama dipanjatkan oleh sang suami ke hadrat Illahi agar isterinya berjilbab dengan lengkap.

Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Aku bersyukur ya Allah kerana dengan limpahan hidayah milikmu akhirnya hati ini terbuka untuk menjalankan syariatmu. Aku merasa bersyukur kerna menjadi insan terpilih dari berjuta insan lain.

Namun, aku risau akan tanggapan orang lain. Tanggapan masyarakat khasnya kaum keluarga. Aku bersyukur lagi sekali ya Allah kerana sang suami meyakinkan ku akan langkah yang ku ambil dan berjanji aku melindungi ku dari segala nista dan tomahan yg bakal menyakitiku dengan keizinan-mu ya Allah.

Sebulan telah berlalu, dan aku bersyukur kerna aku selesa dengan diriku sekarang, masih bertatih mencari ilmu Allah dan aku mohon doa kalian, doa kan aku menjadi wanita syurga idaman setiap wanita



Friday 28 March 2014

Resepi Bubur: Bubur ubi kayu dan jagung

Assalammualaikum w.b.t

Lama aku xupdate blog. 

Busy ke sana ke mari dlm masa sebulan ni. Boleh dikatakan setiap minggu kitorg blk kampung, minggu ni je rehat kt umah. Tu pon cik kak ni dh book awal2 kata nk bawa hubby g shopping sok.

Oh ya, kemarin m-i-l aku dtg kk, so kitorg pon ajak ler m-i-l p segama, beli kain tuk raya. Tahun ni kononnya nk bli lagi awl sbb nk htr g tailor, biar siap awal. Mulanya, ingatkan kitorg je yg semangat lebih nk raya, rupanya ramai lg macik-macik yg sibuk pilih kain raya kat segama tu.Hahahaha, maksudnya xdelah kitorg over-excited sgt kn?

Ok stop the story about raya2 ni. Actually nk crita sal ubi kayu dan jagung manis yg m-i-l bawa dr kampung. Memandangkan hubby aku ni penggemar setia pelbagai jenis ubi, so dia request suh aku masak bubur ubi. Imagine la, mlm tu after dinner ktorg smpai kat umah kul 10 kot. Pastu siap2 mandi, hubby suh masak bubur. Logik akalnya mmg nk masak esok pagi, tp mcm xsmpat memandangkan aku ni bukan lah surirumah yg bangun seawal jam 6 pagi. Lepas subuh tu besanya sambung tdo blk. hahaha teruk pnya perangai!

so, aku decide masak mlm tu gak. Lgpon bahan2 nak buat bubur ni mcm agak lengkap kat umah. So guys, jom kita intai resepi bubur simple ni

Bahan-bahan:

Ubi Kayu - kupas kulit dan potong kecik2
Jagung Manis *optional. Memandangkan m-i-l ada bawakan so aku hiris isi jagung tu buat tambah rasa bubur nt
Santan 1 kotak kecik
Brown sugar / Gula melaka
Gula putih
Daun Pandan
Sagu * optional

Cara Memasak:

Lepas korang dah bersihkan ubi kayu tu, boleh la direbus dengan api sederhana.
Bila agak2 ubi dah masak, masukkan jagung, santan, gula putih, brown sugar, daun pandan dan sagu.
Korang campak2 kn je yg penting lps tu korang rasa. Klu dh lulus kat lidah maksudnya dan ok la tu.
pastu tggu hingga mendidih. Simple kn? Sejukkan sikit dan bolehla di makan bersama keluarga.

lebih kurang camni la rupa bubur aku masak tu. Tp bukan yg ni tau, sumber gambar ni dr google, org len masak. Oleh sebab aku xsempat nk amik gambar sbb ngantuk sgt so aku tlg cr kat google. hehee



Wednesday 5 March 2014

OCD ~ Obsessive Compulsive Disorder

Assalammualaikum

Hari ni anak tdo awal sebab penat main kat playground td, so mommy ada masa nk update blog sebanyak mana yg boleh HuaHuaHua * gelak jahat!

Td masa blogwalking kat blog akak cute Maria Elena, aku terbaca entri dia pasal OCD. Masa tulah aku br tersedar aku pon ada sindrom OCD yg kengkadang cam kritikal je tp xjuga. *pening

ok kalau korang nak tau, OCD bermaksud Obsessive Compulsive Dissorder. Korang leh tanya encik google details pasal OCD ni ye. 



My OCD ni kengkadang menyusahkan pon ada, memeningkan pon ada. contohnya:

1. Keselamatan

Stiap malam sebelum nk masuk tdo, aku akan make sure aku dah check semua pintu, grill,sliding dah berkunci atau belum. Even before that aku dh suh hubby check and dh nampak hubby g kunci depan mata aku, aku tetap nak check jg. Lagi satu, sebelum jalan aku akan make sure everything dh tutup. kengkadang dah siap kunci pintu nk jalan, aku leh masuk balik tgk api kat dapur dah tutup ke belum. huhu. Tu belum masuk bab kunci keta lg. wpon dh pasang alarm aku tetap nk jenguk gak kt tingkap samada keta aku dh btol2 terkunci atau belom. 

Kalau pagi lak, aku make sure pepper spray ada di tempat berdekatan. Kalau ada bunyi grill je aku cepat2 cek pepper spray tu, ghupenya jiran sebelah balik daaa



2. Kebersihan

Oh bab ni aku mmg selalu fight ngan hubby. Aku xleh kalau dia minum pastu letak cmtu je kt sinki. Haaa confirm mak jemah membebel siang malam. Xleh Xleh, aku pantang dapur aku kotor, aku nk clean je. Baju yg dia sangkut2 pon aku xsuka tgk, rasa semak mata. tapi tudung aku bertaburan kat bilik wardrobe leh plak?? hahaha.

3. Susun Atur Rumah

Aku ni very particular person. Aku kena ingat setiap inci aku letak brg so bla hubby tnya mn letak perfume dia, aku jerit dr dapur je kan sng! Tp aku xleh kalau dia men letak je sgala brg cam kunci keta, jam, wallet, sembarangan lam umah. eh eh, xsuka!! aku akan membebel suh dia letak tmpt len yg tersorok dr pandangan mata aku. huhu, dahlah dia ni pelupa. pastu aku lak kena ingat dia letak ktne, mmg berjaya la kan.

sejak awl berkahwin smpi skg aku masih cmni. Kengkadang hubby komplen gak tp slalunya x. hehe. especially bila mata aku bulat tgk dia letak brg ktne. mmg behave habis la, siap mnta izin. Xtau nk wt cmne, aku mmg cmni, try gak bt xkisah tp aku xsuka sbb rimas hahaha but i will improve myself hehe. 

Less check equal to less OCD, yeah!



Gosip: Hanez Suraya vs laki Orang vs Bini Orang


Assalammualaikum

Aku bukan peminat cerita artis, jauh sekali nak bg feedback kat dlm blog pasal retiss ni. Tp kali ni aku rasa nak emosi lak pasal kisah si cik kak Hanez ni. As u know, kecoh satu Malaysia pasal cik kak Hanez ni bercinta ngan laki orang, Mr R. lagi mengharukan pasal bini Mr R ni plak dh masuk paper gtaw cik kak Hanez ni dh musnahkan rumahtangga dia.

Hmm, honestly aku xkisah sgt kehadiran cik kak Hanez ni dlm industri hiburan. Tapi lepas dia break ngan Awi Rafael, aku tgk dia makin cantik. Aku suka gak usha ig dia sbb aku suka tgk dia, cantik ! kengkadang tu bla gaya baju dia sesuai kan nampak mcm princes2 gtu. Tapi semenjak kluar cta sal dia ngan laki org ni aku dah xminat sgt kot ngan dia.

Bla dh kuar media pasal Liyana Manan, Hanez & Mr R ni aku rsa tahap kemenyampahan aku kat Hanez ngan Mr R berada di paras tertinggi. Lagi2 lepas sidang media td, trus meroyan aku kt twitter. Yalah nk meroyan kt umah hubby xlayan gosip2 ni. Hahahaha.

Bg pandangan aku, aku xdpt judge sape btol sape salah. Yalah bukan berlaku depan kita kan. Tapi mngikut logik akal, aku rasa Hanez xpatut bt camni. Mcm simbah petrol kat api yg sedang marak.Aku xpersoalkan kalau betol dia berjodoh ngan laki org, mungkin itu dah ketentuan-Nya. Tapi, tolonglah hormat sikit seseorang yg bernama isteri.

Bukan senang bagi seorang yg bergelar isteri ok, dah 8 tahun hidup bersama, susah senang sama2 tiba2 boleh plak ketepikan isteri sebab perempuan. Errk??? orang pernah kata kalau nk tgk lelaki yg sesuai dijadikan suami, tgk dia layan perempuan yg bernama Mak mcm mana. Tp ni dh terang2 dlm sidang media dia xsokong pon isteri dia. Sedih kot!! bukan sepatutnya lelaki yg bergelr suami patut tutup kelemahan isteri ke??

As a wife, aku rasa Hanez ptt mengalah, minta maaf ngan Liyana Manan. Hanya seorang perempuan yg memahami hati perempuan lain. Toksahla nak lawan sapa menang saman, kan berbuat baik sesama manusia tu amat dituntut? haa berbaik2 lah kamu, so masyarakat pon xemosi, kerjaya ko pon xterjejas.


Saturday 22 February 2014

apa yg sedap di kenny rogers roasters??

Assalammualaikum

Last wk aku, dayah (adik ipar) ngan may (biras) g jenjalan kat one b. Misi utama xlain xbukan, sekadar window shopping ambil bawa anak2 berjalan2.

Msa tu aku gigih ajak dorg lunch kat kenny rogers (krr). Dayah cuak semacam bla aku ckp dia yg byr. Hahaha. Nasibla ko dayah dpt kak ipar pembuli cam aku.

Masa masuk kt krr tu, pelik rsanya sbb kosong. Tmasuk table kitorg just ada dua table yg ada customer. Maybe sbb ktorg p masa hr bkerja kot kn.

Ni 1st time aku p mkn krr. Slalu ajka.hubby tp dia xnk. Katanya xminat.hampeh!! So for the first time aku order quarter chicken w bbq sauce, mac & cheese, coleslaw dan fragrant rice. Lapar kot sbb tu cr nasi. Muffin aku amik yg banana flavor pastu mnuman diet coke.

Dayah lak orded quarter chicken w black pepper sauce, fragrant rice & apa ntah satu lg side dish dia xingat lak. Muffin dia try chocolate flavor. Mnuman lak ice lemon tea.

May xorder byk. Dia amik fragrant rice w chicken ball je. Alysha lak.aku orderkan mushroom soup kegemaran dia.

Overall, aku mnyesal amik bbw sauce sbb xsedap!! Rsa cam mkn ngan sos tomato ja. Dayah pnya ayam blackpepper tu yg sdp. Rsa nk tuko ja.

Muffin lak aku prefer chocolate sbb aku pggemar chocolate. Tp banana pn sdp gak. Dayah lak suka banana. So at the end kitorg pn btukar hahhaa.mac & cheese krr plg sdp. Alysha pon suka, mommy pn sma haha.

Mkn kt krr ni ok la sbb side dish dia byk blh plih. Pastu harga pn so-so la. Kitorg mkn btiga aritu kna byr dlm rm 75++ ja. Ok la tu, xmahal xmurah.

Tp xgemar sgt la krr ni.hehe. Bt ayam panggang sdri kt umah lg sedap ikut tekak sdri hehe.

Oh ya btw xsmpt snap pix of the food msa tu sbb masing2 dh lapar. So klu nk tgk gmbr korg google je la eA, hehe.

Sunday 16 February 2014

Susu ibu vs susu formula

Assalammualaikum

I am so sleepy after having dinner w hubby. Arini msk fav food alysha, sotong masak kicap. But then bila mommy dh siap masak, alysha lak dh ttdo. Cian dia, ngantuk agaknya.

Demi utk mnyegarkan mata yg smakin layu ni aku on scroll fb dan tba2 tnampak post psl susu formula. Trus baca. Ok mmg post yg cam xbest huhu.

Ok here for u guys,
As a mother to my daughter, i'm one of thousand mothers out there who failed in a first place. Y i say like that? That's bcause, i failed to give fully breastfeed to my lovely daughter. But pls read to what i'm trying to tell the world.

My 1st day being a mother, my breast xhasilkan even setitik pn air susu. Nurse pesan suh bg baby hisap jg spy dia dpt stimulate susu utk dhasilkan. Unfortunately, shingga hr ke 2, air susu lgsg xkluar. So aku tpksa bg baby susu formula sbb sedih tgk dia lapar.

After a month, my daughter dh stop consuming bf. Aku tpksa bg dia suus formula lactogen. Kiranya aku tgolong dlm kelompok mommies yg kurang penghasilan susu bdn.

Msa jmpa dr jainah, dia advise kata " xpa, xsemua yg jd ibu ptama kalinya bjaya bg susu ibu". So sad!

So after that, aku keep on searching the best formula milk that can replace my bf. Dr lactogen, aku tukar ke enfalac,enfapro,enfagrow,sustagen and skang ni dugro till now.

Aku tau mommies out there yg bf kn baby dia sgt berbangga. Yeap aku tumpang bangga sekali dgn kjayaan korg. Tp xperlu smpi nk merendahkan mommies yg bg formula milk kn? Korg perlu tau stp org tu xsama, mgkin drg ada sbb sdri kn. Jgnla bgga diri sgt smpi nk memperlekehkan org lain. Tu namanya, riak!!

Haa bengang x bengang cik kak sorg ni. Rsanya dh 2x aku post bnda yg sma. Sakit mata sakit jiwa tgk gaya korg yg bangga diri sbb anak bf. Eh hello, kitorg pon mak jg tau. Kitorg pon nk bf anak jg tp klu dh xtmampi nk bt cmana. Sng kata ktorg xusaha, bkn xusaha tp klu dh takdirnya cmtu nk bt cmana???

Sama gak la ngan preggy mommy. Smua nk bersalin normal klu blh. Tp xsmua pon dtakdirkan bersalin normal kaaan??

So para bf mommies out there, please respect us as mother. Kita smua nk yg terbaik bg anak kita. Tp xsmua perjalanan hidup kita berlaku seperti kita rancang kan? So guys please, i'm begging u. Please stop hurting us with ur statement.

"mommies know the best for their children"

Wasalam.


Nasi air vs bubur ayam

Assalammualaikum

Lunch arini aku masak simple ja. Alysha aku bg menu nasi + ikan.bilis goreng, letak seasoning sikit.tu diaaa menu simple cmtu abis lak sepiring. Aku lak mkn megi kari ja. Wlupon menu xsihat tp tekak mengidam nak makan, bkn slalu pn kn.

bla jenguk kt fridge, ada 3 biji telur masin. Pastu nmpk ikan bilis goreng. Trus tringat bubur nasi johor. Tp, alaaa dh masak nasi plak. Mls nk msk bubur. So truskan ja lah rebus telur masin tu mkn dgn megi.

Bla sebut psl bubur ni, act kta kt malaysia ada bermacam2 jnis bubur tau. Ada bubur kosong, bubur lambuk, bubur ala johor, bubur cha cha & nasi air.

Msa study kt tgganu dlu aku slalu nmpk org jual nasi air tp xpernah beli.yelah masa tu mkn kna bajet. Klu g pasar mlm bawa duit ckup2 ja pastu kna cr mknn yg mngenyangkan. Bla tgk nasi air yg mcm bubur dgn hrga rm3.50 mmg rsa xbbaloi. Yalah, aku blh msk bubur kt hostel kot ngan rice cooker yg aku seludup masuk illegally haha.

But one day, tba2 aku trasa nk mkn nasi air. So aku ajak mber g psr mlm sbb nk beli. Yg peliknya pacik jual nasi air tu siap bg aku sup. I was like....huh?? Apa ni?? Nk bubur laaa~

Ghupenya nasi air tu lain sikit kekdah masaknya ngan bubur besa. Nasi dimasak lembik berasingan. Bla dh masak, sup daging/ ayam akan di tuang ke dlm semangkuk nasi, campur ngan taugeh, ayam yg dicarik2, daun sup dan bawang goreng. Serius sedap!! Lps aku try mkn, nasi air dh jd favorite aku smpi la skg cuma kerajinan nk msk tu xde hahaha.oh rindu terengganu!!

Bubur nasi ala johor lak aku try msa g amik baju kahwin ngan akak & abg ipar kt johor. Jauh x baju kahwin aku hahaha. Msa tu sggh kt kdai akak angkat abg ipar aku ni. Tgk pak haji ada mkn bubur nasi. Klu xsilap bubur tu ada telur masin, ikan bilis, sambal kicap klu xsilap la. Interesting gak tp xprnh try msk. Mls!

Bubur nasi kt sbh lak aku bt simple ja. Beras basuh bersih2 pastu campak ayam, halia, garam, ajinomoto /seasoning. Habis cta, tgu mdidih dh blh mkn. Simple kn tp sedap tau. Pernah jual bubur ni kt umt msa stdy dlu, laku tau. Kitorg bg nama bubur sumandak hehe.

Ok la korg aku nk smbg tgk runningman smntara alysha masih tdo. Klu korg nk resepi bubur nasi sila lah google eh hehehe.

Monday 10 February 2014

Sweet & sour of life

Hidup tidak selalunya indah
Hidup tidak selalunya bahagia
Hidup juga tidak selalunya seperti apa yang kita impikan

Ada tikanya,
Mendung itu muncul
Menghujani kehidupan
Memadamkan senyuman
Mengalu-alukan tangisan

Itulah asam garam kehidupan
Lebih pedih jika mendung melanda alam perkahwinan
Suami isteri bergaduh
Bermasam muka
Dan syaitan laknatullah bersorak kegembiraan
Kerana berjaya merosakkan hubungan antara suami dan isteri

Adam,
Janganlah kau ego
Krn sesungguhnya ego mu akan merobek hati hawa mu,
Janganlah kau meninggikan suara
Krn sesungguhnya hati hawa itu sungguh rapuh untuk di kasari,
Janganlah kau biarkan setitis air mata mengalir
Krn sesungguhnya amat berat bagi hawa mu utk menangis

Adam,
Ketahuilah bahawa hati hawa itu sgguh rapuh
Dan pabila ia sudah hancur
Maka tiada sekelumit harapan bagimu untuk memohon ampun darinya
Setiap kelukaan hatinya akan mencambahkan ketabahan yg amat kau geruni
Dan pabila ia berlalu meninggalkanmu,  ketahuilah penyesalan itu tidak berguna lagi.

Adam,
Sayangilah hawa mu
Layan dan hormatilah ia seperti kamu menghormati ibumu
Sesungguhnya hawa mu telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kehidupanmu
Bahagiakanlah dia seperti ko berbahagia di hari pernikahanmu

- broken heart -

Sunday 2 February 2014

Short vacation to kundasang

Assalammualaikum

Selamat malam fellas

Hr ni aku update entry btemankan udara sejuk kundasang. Kelasss aku kan!! Hahaha. Pcutian kali ni mmg.xdrancang. Kebetulan cuti cny kali ni akak aku blk dr kl, so abg kata lets plan something for them like short vacay etc. Pkir pnya pkir aku kata y not kta p bmlm kt kndasang mmandangkan last time abg ipar aku just pg blk je ppr-kundasang.

So aku pn gugel homestay mana yg best nk tgl. Last yr ktorg prnh tgl kt homestay d'izz. Kali ni nk tukar angin lain plak.

So aku suggest seribu satu homestay, tmpt yg aku nk tggl dlu tp xdpt sbb dh pnuh. Luckily kali ni aku bjaya book satu rumah for my fmily.

1st smpai,.whoaaa sempitnya jalan nk msk tpt ni. Pastu tgk tgga yg sgt tggi dan btingkat dh bt aku patah smngt huhuhu. Cpt beno nk gv up nya.

Pastu bla msk umh, hati terubat skit ngan balkoni bbq yg sgt stylo mylo. Ssuai tuk ktorg lepaking smbil bbq mlm nt.

Rmh ni ada 5 bilik. 3 bilik w deluxe bedroom + toilet inside the room. 1 room w double decker bed w/o toilet & 1 room w two single bed. But dont worry, there's 1 toilet each in 1st floor and 2nd floor.

Utk tgkt bwh, ada set meja makan. Set kerusi,dan dapur memasak yg lengkap dgn pelbagai utensils for cook. Plg best sbb msa ni ktorg tlupa nk bawa bekas nk perap ayam. Alhamdulillah, tuan rumah sdiakan pelbagai jenis bekas utk kta guna.

Tmpt nk bbq pn best baq hang. Sgt cun hokay, besaq lak tu.

Klu nk dgr aku cte mmg xabihla m ni.so i suggest kt korg yg nk dtg w fmily hre blh try book homestay ni. Blh cr no tel kat google ye. Reminder, korg klu nk bmlm hotel ke homestay ke make sure korg book awl k sbb tkt kang full. Kundasang ni besanya xkira musim, mmg full ja tau.

So guys jom lyn ckit pix below eh.

Monday 27 January 2014

Resepi kari kepala ikan nyonya style

Assalammualaikum

Siang td trasa nk mkn kari ikan kat chinese muslim restaurant dpn razz ma tazz tu. Sdp la kari ikan kt ctu. Xpdas sgt, x manis sgt & xpekat sgt. Just nice !! Kena lah ngan tekak aku, xtau lak tekak korg.

Memandangkan skg ni ngah kering, hubby xgaji lg. Hmmm tau la company sdri kn, gaji xtentu bla masuknya. Kadang cpt kadang lambat. Pastu nak byr roadtax keta aku bln 2 ni, so aku decided masak sdri je. Lgpn, ikan tenggiri aku beli jmaat lepas ada lg kt fridge. So cpt2 wassap hubby tgahari td.

"syg, blk nt belikan rempah kari ikan adabi paket kecik, tomato, terung atau bendi"

Maka, aku pn start mgugel resepi. Yelah cik kak besa masak kari ayam ala mamak je yg pekat2 xpakai santan tu. Kari ikan sgt la jaaaarang akak masak ye. So after compare all the ingredients, here is my version of kari kepala ikan ala nyonya.

Ingredients:
- Rempah kari ikan adabi @ babas
- Rempah lima sekawan ( kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah keras, buah pelaga)
- bawang merah
- bawang putih
- halia
- serai
- asam gelugor @ asam aroi
- garam
- gula
- ajinomoto
- santan
- tomato
- terung

Sukatan korg xyah tanya eh sbb aku besa men campak je.ikut sdap rasa.

1st, korg tmbuk bawang merah, putih,halia. Serai tu korg titik je toksah hiris2. Pastu korang tumis bahan yg ditumbuk ngan serai tadi. Agak2 dh naik bau korg tumis plak rempah 5 sekawan td. Make sure jgn hangus tau.

Bila bau rempah dh menusuk ke lubang hidung korg, masukkan plak rempah kari yg dah digaul dgn air tadi. Pastu campak gula garam dan ajinamoto *optional bg yg xnk guna pn ok. Tgu smpai kari korg pecah minyak pastu masukkan tomato dan tumis.

Bla dh sure rempah korg td dh masak, bolehla tuangkan santan. Oh perlu diingatkan slh satu kelainan kari ala nyonya ni ialah kari ni xpekat sgt. Haa, so korg perlu sesuaikan kepekatan santan yg korg tuang tu ye.

Campakkan juga asam gelugor dan ikan ke dlm kari yg telah bersantan. Hah ni satu bnda yg baru bg aku sbb besa aku masak guna asam jawa. Especially kari mamak. Tp kali ni guna asam gelugor plak. Rasa dia so nice u!

Reneh kari korg ngan api yg sederhana kecil k. Sbb kang xpasal2 pecah lak santan tu.

Bila dh mendidih bolehlah dihidangkan. Jgn lpa, sedap itu optional. Masak dengan kasih syg seikhlas hati dan jgn lpa selawat. In shaa Allah sedap.

Saturday 25 January 2014

My next project...

Assalammualaikum..

My next project will be..

SURPRISE !!!

Hahaha..just a short entry for u fellas.. Good night!

P/s : will upload & sharing wit u about my next project in the next post.

Friday 24 January 2014

SAKITTTNYAAA TUMBUH GIGI BONGSU !!!!

Assalammualaikum

Hai

Fellas

Hr ni saket gg, so no entry.

Kbai.

Uhuk, idok lerr sekejam itu. Blk dr kuala penyu td saket gg ku semakin bermaharajalela. Pagi td cam hokey je, lps msk2 & mkn2 kt umah nenek hubby, then blk umah mak mtua trus rsa, omaigod, saketnyaaa ya Allah!!

Eh tipu, msa tu xsaket sgt. Saket manja2 je.trus bawa tdo.

Msa otw back to kk gg dh mcm mnyengat lebih. But still gagah bawa hubby sembang till reach home.

Hah, msa ni lah. Dia tau kn dh smpi home sweet home, elok je selesai mghrb nk msk dapur masak, dia maii dah !

Trus tggl ikan sayur atas meja..p baring kt bilik. 10 min later, gagahkan diri gak bgn demi perot hubby dan anak. Tanggungjawab isteri ikhlas krn Allah swt.

Lps mkn dia berdenyut makin kuat. Tringat ngan air zam- zam adik ipar bg. Selawat pastu mnum. Eh cam okay jeeee~

Syukur Alhamdulillah pas mnum tu dh blh tsnyum sikit. Siap req kt hubby nk nengok maharajalawak mega. Habis je 1 round maharajalawak, aku dh start cam cacing.sakit woo..blk2 tilik gg.

Bapa aku kata xyah cabut sbb nk tgu gg tu kuar. Tp sakit lama la sbb dia nk tolak gusi yg dh berkurun kt mlt kn. Aku caye korg msti dh tau n dh gugel psl wisdom tooth ni kn.so xyah aku cte pjg. Org saket gg kot!

So p baring kt blk smbil on9.makin lama makin sakit.makin lama makin sakit. Ehh xblh jd. So g tilik gg lg.

Bila dh xtahan, meroyan pgl hubby tcinta, mnta panadol & air zam-zam. Padahal aku sdaya upaya nk avoid mkn panadol. Xelok kan. Tp xtahan gak.

So pas 5 min, ubt dh gerak lam badan aku rsa skt dh ilang, trus cpt2 amik hp & update blog. Msa saket tu siap ckp kt hubby nk p dental sok. Siap wassap nad & kila tya psl dental yg bgs. Naa, pduli ku apa sok pas p org kawen aku mst p dental.

Sok ada 2 majlis kawen kna attend, satu kt kg aku papar, satu kt likas. Haa sila bgn awl hokey.

Eh lpa kt kk ni mna klinik gg yg best. Mksud aku klinik yg doc dia lemah lembut, xgarang dan xmrh2 patients? Almaklumlah aku jarang sgt p dental ni.klu blh xnk p lgsg!! Yelah aku ni bkn blh dkategorikan manusia bergigi sempurna cam fazura lam iklan colgate tuh. Gigi rapuh kot!! Dh tonyoh ngan beros dawai tp xmau putih. Doc kata mmg jnis gg cmni. Hmmm mna je la ko doc.

** Nad kata, try kat dr roland chia, tp dh servay cam mahai ja. Lg 1 dia slalu bz. Xmo la yg bz bz ni kang dia godek gg aku gnas2.

** pastu dia suggest dr arabi kat wisma merdeka. Aku tya sakit x, dia kata best!! Ehh ..pelik bah ko nad.

** last choice is klinik dpn umh. Klinik pgigian sharifah. Ppuan ke doc nya? Korg leh tlg suggest x? Aku nih klu boleh nak mnta bius satu bdn biar pengsan pastu korg godek la gg aku biar dia kluar dr tmpt psembunyian. Sakit pas surgery aku sggp tahan tp sakit tem surgery aku xmo!!!

Tuesday 21 January 2014

Assalammualaikum

Last sunday ktorg dpt memo dr jabatan air mnyatakan bahawasanya hari ni, 22hb bekalan air akan dihentikan dr jam 8 am - 10 pm bagi kerja2 pembersihan. Haaa, ni yg aku mls.nk tadah air bagai ni. Nak2 dah ada anak kecik ni, leceh sgguh klu xde air.

So arini lps siap je packing nasi lemak,.aku cpt2 kejutkan alysha. Bg mandi, srpn siap2 smentara aku jemur kain. Dapur dh clear. So by 7am,.suma kje dh settle. Tggl nk tgu mata lelap smula je. Hahaha.

Act entry arini aku nk cte psl kerjaya aku ni sbb td tem ngah packing2 nasi lemak sambil snap & upload kat ig *tabiat yg dh sebati ni, ttba aku dpt idea nk share ngan korg apa yg aku bt slama ni.

Bfore this, aku seorang pekerja, employee to employer. Mmg happy bkerja sbb suasana baru ngan kengkawan yg sgt havoc. Aku mmg suka bkrja & bnda yg korg xtau, act aku sorg yg workaholic. Yess!! Korg msti xsgka kan? Korg leh la tnya ngan org yg prnh bkerja ngan aku, cane seriusnya aku tem bkerja. As for me, i'm enjoying myself to settle down all the task given to me n also i`m dedicated all myself to my work.

Bkerja dlm sektor swasta ni mndedahkan aku ngan pelbagai pengalaman. Nak2 msa tu aku bkrja dlm bidang hospitaliti. Tp satu bnda yg mnyukarkan aku is my family. Bg aku, bla dh start bkrja aku dh kurg tumpuan ngan family. Kul 7.30 am aku dh bgrak dr rumah, msa tu hubby ngan alysha tdo lg. Blk kje kul 5.30pm tp smpai umah kul 6.30pm. Pas mghrb aku masak tuk dinner. Tu pn msk as simple as i can. Kdg2 suh hubby tapau luar je. Pastu kul 10 dh tdo. Alysha lak lbih byk diuruskan oleh hubby, dats.y msa tu dia lbh rpt ngan babah dia.

Lg satu yg xbest is kitorg pnya family vacation tpksa planning ikut schedule & cuti aku. Msa tu kitorg sgt jrg bcuti. So bla pkir pnya pkir, tambahan plak bos baru aku ni cam s***, aku decide nk resign.

After that aku asyik tpkir nk bisnes apa & cane nk start. Yelah 9 out of 10 pintu rezeki adlh bniaga. Xtau cane blh tpkir nk bt bisnes nasi lemak. Oleh krn taste nasi lemak yg failed kt sabah ni so aku smpt bguru ngan abg ipar msa aku bcuti kt kl aritu cara2 nk msk nasi lemak yg sedap & sambal yg sgt special.

So awl januari lps aku pn start supply nasi lemak to airport cafe. Permulaan yg sgt mendebarkan sbb xtau feedback dr customer. Tp bla dh smakin lama, hati smakin enjoy bt bnda ni. Aku rsa happy bla dpt bg org mkn mknn yg sedap2 hehe.

So tuk these 2 yrs, aku fokus nk supply nasi lemak je. Start dr rmh mmandangkan aku lom ada biz partner. In shaa allah, sambil2 tu klu ada rezeki aku mmg sdg usahakan nk bka my own cafe restaurant. Skg ni ngah cr rsa nasi lemak biar havos smbil2 servay tmpt mnarik utk disewa.

Korg smua doakan aku ye.

Cabaran asingkan tempat tidur anak

Assalammualaikum

Grrrr !! Sejuk yg amat aircon kt dlm bilik ni smpaikn aku tpksa mnyorok lam comforter.

Fyi, ni mlm kedua aku try pisahkan tmpt tdo alysha ngan ktorg bdua. Alaa xjauh mana pon, sebilik gak. Cuma bezanya, alysha tdo lam playpen je.

Memandangkan bln dpn alysha dh nk masuk 2 tahun dan tahap kemanjaan dia tersangatlah maksimum,  so aku decide eloklah aku pasang balik playpen dia yg dh lama tersimpan kt bilik hujung tu.

Sbg pmulaan, aku just letak dia dalam tu bla dia dh start layu dlm kul 8 pm. Pastu, dia tdo lena smpaila dia terbangun and merengek nak mak pak dia. Xblh nk pksa sgt mula2 ni, letak stakat mana dia nak je.lama2 nt ok lah tu.

Satu mslh bla dia tdo kt dlm playpen tu, dia akan berpeluh mcm org kepanasan. Pastu ekzema mulalah menyerang. Aku pn xphm. Nak kata xpasang kipas kitorg dh siap pasang aircon kot kt dlm bilik. Tp dia still berpeluh. Bla dh bpeluh tu mula la tergaru sana sini pastu nangis. Sdgkn mnurut pembacaan aku budak ekzema ni xssuai duk dlm aircon. Sbb nt kulit dorg akan jd kering. Tp nk bt cane, klu pakai kipas lg terok jd nya. So aku just sapu cetaphil kt bdn dia sblm tdo.

Perlu diingatkan, jgn tglkan anak anda tdo dlm gelap ye. Sila psg lampu tdo klu dia ngah tdo sorg kt blk tu dan kalau boleh korg jgn tutup pntu rpat sgt k

Ok tu je aku nk ckp kali ni, mata dh ngantuk sok nk bgn awl lg.

Monday 20 January 2014

Tips elakkan meroyan

Assalammualaikum

Recently aku slalu tnampak ada sorg mber curhat dlm fb. Its common things, isn't it ? But the problem is that lady is in her confinement day means 'berpantang'.

Klu curhat like "waiting for husband to back home" , " exhausting. Wanna eat..." tu kira normal la. Tp klu dh post sumthg emosional, nak2 lak emosi ngan family sdri tu dh kira luar biasa namanya. Nak2 dia ngah berpantang n husband lak jauh.

Perkara plg merisaukan ketika ppuan sdg berpantang klu dia meroyan or dlm bhs sabah ktorg pgl 'beruri'. Whoaaa this thing bahaya o, blh menjejaskan khidupan.

Punca penyakit meroyan ni terjadi byk. Slh satunya org kata sbb xbpantang ngan btol so angin msk lam bdn. Ada jg kata sbb tlmpau ttekan. Bdasarkan pngalaman aku pas branak dlu, meh aku share sikit prasaan org branak ni. Smoga dpt elakkan kita dr meroyan. To husband out there, read carefully ok.

Benda plg mustahak lps wife kita bersalin adalah perhatian. Tau ler korg dh happy dpt cahaya mata tu. Tp skdar happy je xckup tau. Feeling wife tu kna amik phatian. Menurut pngalaman aku dlu, masa berpantang ni lah aku tuntut perhatian dr husband sebanyak mungkin. Yelah, kita dh penat mngandung 9 bulan 10 hr, pastu bperang pla dgn ajal maut tem branak tu. Apa salahnya lps branak kaum adam ni manjakan kita lak.

Aku cukup bersyukur sbb dkurniakan suami yg memahami. Dr A - Z dia bt tuk aku n baby. Yes perhatian dr suami tu penting sbb kalau x kita rsa terabai n trus tpkir " oh aku dh pnat bg ko zuriat ko bt dek je eh ". For guys, manja kan la isteri anda. Tlg dia urus air mandi, makan minum, baby tu klu nangis tgh mlm tlg la bgn skali tmankan isteri yg nak susukan anak. Luluh hati dia nengok suami sdap tdo sdgkan dia siang mlm bjaga, nak2 lg badan ngah sakit. Korg ingt sng ke branak??

Pasti for those yg sdg berpantang tu jgn la emosional sgt. Korg xperasan ke diri ngah kotor tu. Syaitan2 ngah berdansa sekeliling kita dok hasut2 prasaan dan minda kita. Dr kita beremosi bagai elok kita bzikir tenangkan jiwa. Lg satu elakkan lah update emosi anda kt fb. Kengkawan kn rmi dlm tu, mak pak adik bradik pn ada. Xke mengundang pergaduhan ats perbuatan kta tu. Kengkawan satu dunia baca pa kta tulis, malu lerr.

As a conclusion, bla ko rsa dh xde sape yg blh dgr curhat ko. Amik la smartphone korg tu, bt blogspot ye. Pastu dlm tu korg curhat la byk mna ko nak. Yg pntg dlm blog org xknl ko. Xpon ko tulis email pastu email kt dri sdri. Byk mna ko nk taip pn org xkisah. Pastu bla dh abs bpantang ko bca la blk kisah curhat ko msti ko gelak pnya haha!!

For husband out there, aku mohon sgt tem wife korg ngah pantang xyah la lepaking bagai ngan kwn. Dr melepak tu elok korg jaga baby kt umah kan mnambah pahala. Pas wife abs pantang ajak la dia g jln2 kt mna pon.yg ada rezeki lebih blh ajak dia bcuti. Yg xmampu lak ajak je jln2 kt shopping mall, tentu wife korg rasa happy.

Xsalah rsanya kita nk berkorban sikit demi isteri yg dah berkorban hidup dia demi kita kan. So, renung2kan~

Sambutan 'suprise' hari jadi suami

Assalammualaikum
20.01.2013
A special date for me & my husband
He officially turn to 3 series of the age hahaha
Also, this is 4th time we celebrate since we know each other.

1st : before we engaged. Masa tu kn still in a relationship.blom btunang pon. Aku lak still stdy kt umt. So, hari2 dok pikir nk bg menda apa..yalah cik abg dh kja, cik adik masih stdy. Berapa ringgit sgtla duit yg kita ada uhuk uhuk. Plan nk fly g sbh bagai, sprise knonnya.tp sbb xmampu so pendamkan je la hasrat tu. End up ngan belikan dia cincin. Beli white gold plak tu siap ukir nama & date tau. P/s : act jeles ngan cincin yg dia pakai sbb tu ex gf dia bg.huhu.so knonnya nk dia pakai yg kta bg la.
At last dia xpakai gak sbb white gold katanya. Lelaki xboleh pakai tau sbb emas.

2nd: masa ni ngah pregnant alysha lau xsilap. Masa tu masih tggl d papar. Gigih aku ajak bapa ke pekan beli bahan nk bt soto + beli kek. Berjaya gak bg sprise tp xde la excited sgt pn dia.

3rd: this time alysha dh setahun. Kali ni xde sprise, aku siap2 ckp nk g ajk dia dinner kt promenade. Again, dia ok je sbb cik kak yg blnja. Tp sama gak, x excited at all.

So, this time is the fourth. Kebetulan mgu lps ktorg plan blk kg hubby kt weston. Blk ari jmaat. Esoknya lak hubby ada plan sdri.nk nengok keta adik dia yg rosak kt k.penyu. Aku yg dah rsa bakal boring cpt2 pujuk mak mertua temankan aku g tamu beaufort. Xckup ngan dia, aku siap angkut adik ipar ngan biras skali hahaha.

Esoknya lpas subuh aku ttdo blk. Ngam plak tem tu ujan renyai2.mmg sdap la tdo aku. Ingtkan dorg xnk p sbb smlm tem aku pujuk bagai tu dorg gelak je.rpanya dorg suma tggu aku bgn hahaha.sampai la kul 10 pagi, mak mertua ketuk pintu suh bgn.nk g tamu katanya. Mcm lipas kudung aku bgn siapkan alysha, mandi pastu tgu yg len bsiap lg.last2 gerak p tamu kul 11. Tamu pn dh nk tutup kata mak mertua haha.

Masa jln2 tu aku xpkir apa, sbb xtau nk bli apa. Ni 2nd time aku p tamu beaufort tp still xbesa lg. Len lah klu kt tamu papar, laju je aku pilih memilih brg nk beli sbb dh tau kt mna yg best kn.

Ngah round2 tu tba2 mentol menyala. Ting!!! Aku cpt2 bisik kat mak mertua kata nk bt soto. Mak mertua aku ni plak jnis yg mengiyakan sahaja.so ktorg pn p la cr bahan soto. Siap beli tulang tu sbb nk bt sup tulang. Lgpn adik bgsu hubby yg br plg cuti sem dr ums sndakan tu mmg ada request nk soto so ngamlah kan.

Masa blk tu aku sggh kdai kek, bli kek durian fav hubby. Mula2 plan nk mkn fmily je.so aku ngan biras ni relax2 la bt kje smbl mkn2 & gosip bagai. Xtau lak mak mertua ada jmput jiran ttangga.

Msa nk mgrb tu aku try cll hubby tp xdpt. Try cll adik dia lak, pon sama gak. Ok aku dh start cuak. Kalau dibuatnya hubby blk pas isya cmana? Sdgkan kitorg nk bt knduri kcil2an tuk dia pas isya. Haaaa kan dh jd keja! Tulah nk sprise lg.

Mulai saat tu aku xberenti try call hubby n adik ipar.smpai la dh mghrb br dpt. Tnya lokasi, katanya dh gerak blk.aku pn cpt2 suh drg blk scepat mgkin.tp still merahsiakan apa yg aku plan ni.

7.20 pm, tetamu dh mula smpai.makanan pn dh siap terhidang.cuma tgu bday boy je xdtg lg. 10 minutes after that br hubby smpi. Aku cpt2 suh dia salin pakaian sbb knduri nk start dh.

Pakcik hubby, pakcik haji nawar jd ketua bacakan doa selamat tuk hubby n ktorg smua. Setelah selesai, tetamu pn dijemput makan. Menu ktorg aritu simple je.

Sup tulang made by me with mother in law recipe, ayam masak kicap by me, sayur campur by may (biras), buah2an dan air ribena.

Act menu utama is sup tulang. Tp xtau mna lebihnya, ayam masak kicap aku lak yg terlebih laku. Selesai acara, tetamu dh blk msa tu br aku kluarkan another sprise tuk hubby. Hehehe.

Sprise cake for him. Hehe.

As usual, xde excited mna pon laki aku ni. Dia just suka makan je sbb durian. Terima kasih pn xde tau! Sob sob.. Aku de gak pancing2 tnya feeling dia.kot2 dia tlupa ke tp hampeh. Dia just kata dia dh lama x excited psl bday ni.

so, fyza pls take note. Pasni no more bday celebration k. Act stp tahun pn aku mkn hati sbb effort xdihrgai tp nk bt cane. I cant stop myself to celebrate bday esp for him.

Cam arini, knonnya xnak wish dia tp aku terwish gak.pastu siap ajka mkn kfc sbb nk celebrate . Fyza..fyza.. Nk wat cane kan dh aku cmni.

So to my lovely husband,
This is for you

Happy bornday husband
Thanks for being such a lovely husband to me,
Great father to alysha
And good son to our father & mother

Please dont stop loving us
please dont stop caring like you do
And please dont stop forgive wutever we did wrong

And most important is
Please dont stop guide us to be a real muslimah

We love u babah
From mommy & alysha

Sunday 12 January 2014

Perkahwinan itu Indah


Assalammualaikum

Baru sahaja selesai mengonlinekan diri di muka buku. Alkisah terlihat satu share post from my university friend about 10 Most Annoying Things Married People Do on Facebook. Aku pon gatai nk p baca menda apa ntah yg annoying sgt ni kan, rupa2nya xdelah annoying sgt pon. Cuma bagi yg blom berkahwin korang xpaham kot.

Menjuarai carta annoying bila kita dok upload gambar kahwin kita tem anniversary. hikhikhik, lucu pon ada! Actually, bg aku xdelah big deal sgt pon. Antara sebab kitorg re-upload gambar kahwin tu just untuk refresh kenangan terindah dalam kehidupan. Eh korang ingat senang ke nak bersanding tiap tahun? ngan baju sanding yg lawa2 tu, pastu ngan pelamin yg tersergam indah, haaa bajet kena besar woo nk kawen ni. Thats why kitorg suka re-upload gambar kahwin masa anniversary. Bukan niat nak menunjuk ye umat manusia sekalian, just nk share and refresh balik memori terindah tu. Biar sang isteri atau sang suami teringat kembali zaman kita sanding dulu. Toksah la pikior negatif, annoying bagai tu, cuba tgk dr segi positif, kan elok bg suami isteri untuk ingat kembali saat kita jatuh cinta dulu. Ececeh !!!

Aku faham, bagi yg blom kahwin tu mmg annoying la kan. Nak2 dah kawen ni korang dok upload gambar suami isteri g vacation sana sini, honeymoon sana, shopping sini. Tambah2 lg yg dah ada anak, ambooooii bak hang, asyik nak tayang gambar anak je. actually bkn tu nawaitu kitorg. Cuma nak share kn, biar kengkawan yg jauh tu nampak perkembangan kita. Besar ke kecik ke, kembang ke kuncup ke. hahaha. Contoh terdekat mcm aku la, kengkawan merata negeri. Ada yg kat Selangor, Terengganu, Sarawak, Johor. Xdan nak jumpa suma dalam setahun. So bila aku upload gambar anak ke gambar aku ngan family ke, dapat gak kengkawan update perkembangan kehidupan aku. hahaha, bajet artis btol!

Okay berbalik ke tajuk asal, actually semua tu bagi aku bukanlah most annoying things married people do. Pandangan aku, semua tu keindahan dalam perkahwinan yang bukan semua org rasa. Yelah, masa bercinta mmg la leh upload gambar berdua lebih baik, tp feeling tu xsama compare ngan bila korang dah kawen. Yelah, benda dah halal, xde sebarang kerisauan pon nk upload sana sini, cuma biarlah berpada2.

Lg satu indahnya perkahwinan sebab kita saling melengkapi antara satu sama lain. If korg kata dah 10 tahun bercinta, dah kenal sangat ngan partner korang. actually korang silap, keindahan sebuah perkahwinan bila korang dapat kenal luar dalam pasangan masing2, dapat menerima kebaikan dan keburukan mereka serta saling melengkapi antara satu sama lain. sweet x?? hehehe...

Perkahwinan tu memang indah. So bagi yg dah sampai seru, dah mampu, xyah lah korang nak tggu lama2, fikir panjang2. In Shaa Allah, rezeki itu milik Allah, ikhlaskan hati, betolkan nawaitu dan korang akan mengecapi kebahagiaan yang dinantikan.

Baiklah, Alysha dah mula merengek sebab nak main ngan abg pendek, abg sedara dia. But then, aku dah suh abg pendek dia tu masuk tdo, esok kan nak sekolah. So terpaksa berhenti membebel setakat ini sahaja. In Shaa Allah, ada masa kita membebel lagi ye. Apa yg penting aku nk ingatkan korang yg blom berkahwin, ingatlah perkahwinan itu indah. Hehehehe..bye






Saturday 11 January 2014

AZAM 2014

Assalammualaikum.

Entri yang ringkas dan padat.

Senarai azam 2014

1. Perbaiki diri, menjadi muslimah yang lebih baik dari sebelumnya.

2. Berusaha memajukan bisnes yang baru diceburi. Nevery give up.

3. Mengasah kembali bakat DSLR yg sekian lama ditinggalkan.


4. Menjadi anak, isteri, menantu dan ibu yg terbaik buat mereka semua.


Doakan saya !



Hai 2014, Bye 2013

Assalammualaikum

Selamat Tahun Baru

baru sempat nk buka laptop update blog lepas Alysha tdo. Td abg, sil & anak dia pudin dtg jenguk my dad n dinner sama kat umah. Alysha bukan main seronok lg ada kawan main. Kesian anak mommy, cousins dia kat Sabah ni suma lelaki dats y agak lasak anak mommy ni. Abg kata, Alysha ni hati dia cekal. Bila dia nk mainan tu dia akan usaha sampai dapat walaupun usaha dia tu perlahan. Alhamdulillah, suka hati mommy dengar pandangan orang yg sangat positif kat Alysha.

Lg sebulan genap umur Alysha 2 tahun. Mcm cepat ja masa berlalu kan. Sedar x sedar dah membesar anak mommy. Sedar x sedar jg dah hampir 3 tahun aku jd wife orang. Teringat masa nk kawen dlu, kengkawan suma xpcaya aku nk kawen. hahaha. Nampak x kenakalan aku msa kat skolah cane sampaikan orang xpcaya aku nk menamatkan zaman bujang. Yelah msa study dulu sikit punya ganas, bff ngan lelaki smpai ngaku twin tu ngan jebontot. kengkawan lelaki pggl aku jebon, kengkadang binturong. pompuan lak panggil aku makcik. 




kawan saya till jannah. In Shaa Allah
A month after get married, aku disahkan pregnant. Alhamdulillah.Syukur Ya Allah, mmg xsangka pon dikurniakan rezeki secepat itu. Masa preggy pon aku xde apa2 masalah. Morning sickness tu biasalah, tu pon smpai kandungan mencecah 4 bulan je. Tepat jam 3.45 pm pada 10.2.12, air ketuban aku pecah. Masa tu sorg2 kt umah. Direct call makcik Nuni, yg keja nurse kat klinik kerajaan. Dia cakap jgn panik, tu air ketuban pecah. p la klinik. So aku cepat2 call hubby yg kebetulan keja kat kk tem tu. Aku rsa aku xde la panik sgt, nk cte feeling msa tu pn aku rsa empty cuma dlm pjalanan nk g hospitl tu aku smpt tpkir klu beranak on 12hb msti tarikh lahir anak aku cun! haaa amek ko, niat nk d.o.b anak cantek sgt kan, after 18 jam aku di induce, akhirnya aku menjalani c-sect sbb xde bukaan. aku pasrah je sbb dh xbr nk nengok baby n hubby, eh? so, after 45 min operation, Alhamdulillah aku dikurniakan baby girl.
Newborn baby girl



preggy mommy. Nampak x betapa slim aku kat situ
After almost 2 year aku jd mommy and wifey ni, dah bermacam2 aku lalui. Seriously, jadi mommy n wife ni sgt mencabar. Sometimes aku rsa nak give up je. Sampai aku decided nak bekerja sbb dah bosan kat umah. Alhamdulillah, March 2013 aku diterima menjadi admin di airport. Working time aku mmg enjoy ngan kengkawan yg super gila like me. Terasa mcm msa study lak. Tp hati rasa rindu kat anak yg selama ni siang malam aku jaga. After a while, aku discuss ngan hubby. Aku dah tak tahan nk htr Alysha kat nursery, rasanya every week ada je sakit dia. Dan aku pulak rsa dah makin xseronok bekerja bila dah tukar management ni. So, after 9 months aku keja, finally aku resign. Hubby pon happy, Alysha pon happy. Kengkadang rsa bosan duk umah tp bila ada anak ni, ada kawan gaduh mmg best sesangat. Bila rsa down, hubby tolong refresh balik nikmat jd housewife ni. Alhamdulillah, skang ni aku dah start bisnes kecil-kecilan. berniaga nasi lemak hantar kat kantin. Tu pon sbb aku mmg minat nak bisnes, hubby lak bg fully support. 

Bila refresh balik, scroll down gambar2 dlu, rsa rindu kembali. Rindu nak ada baby, uhuk!!, rindu nak study dan paling penting rindu nk jadi slim dan cantik mcm dlu lg. cantik kew????





Apa yg penting cantik kat mata hubby. Penutup 2013 aku akhiri dengan segala mcm jenis perangai aku yg tak matang dan azam tahun baru ni aku nak lebih istikhomah. Memohon hidayah dan petunjuk darinya nak jadi isteri yang menutup aurat, ikhlas kerana Allah SWT demi suami, anak dan juga keluarga. 

Amin, doakan saya!

penang vol 2

Assalammualaikum.

Baru ada masa nak update cter Penang Vol 2. Yeap, agak terlambat di situ. Aku agak busy di sepanjang awl tahun 2014 ni. Ok dipendekkan cerita, sampainya kitorg dekat Penang hubby trus kluarkan mandat suh aku google mana tmpt menarik nk breakfast. I was like, ok subuh camni nk google mmg xla. So, dgn bermacam yg aku bagi finally hubby gv up. Dia sendiri yg google kat ipong smbil drive. Amalan yg xsihat ye kengkawan sila jgn follow. Hubby jumpa satu tempat ni, nama dia Transfer Road. Glamer ngan roti canai katanya. Kitorg pon on waze, google map segala sbb nk mnta navigation p tmpt alah tu. Dr kul 6 pagi tu smpai la kul 8 ktorg meronda penang town tp xjumpa tmpt breakfast yg menarik. Frust dh mula nak melanda tp aku yakinkan hati ada kot tmpt best nk breakfast tp ktorg je xjumpa. Nk cr transfer road tu bknnya sng. Bla dh fed up hubby kata ok kita breakfast kt gerai lain je la. Tp adik ipar pesan cr yg bersih sikit. Kitorg order roti canai ngan roti jala. Okla, memuaskan tp xdelah heaven sgt.

breakfast done. Kitorg decided nk p ronda penang sebelum check in hotel. Act aku dh booked hotel kat tgh bandar tp adik ipar kata nk duk kat batu feringghi sbb lg best. Kt town ni sesak. Aku setuju sbb stakat 2 jam ronda town tu aku rsa cam nk blk kl. Gila sesak!!!

Sambil meronda batu feringghi kitorg tnya2 gak ar hotel budget yg cambest. Tp hampeh!! kebanyakannya fully booked. Fyi, hotel bajet yg aku rsa xde bintang pon mahal kot kt penang. huhu. heran! Lastly ktorg jmpa hotel yg agak selesa kt depan nite walk. Alaaa, lupa la plak nama tmpt tu. Abih check in kitorg bantai tdo smpi ke petang hahaha.

Petang tu kitorg gerak ke Balik Pulau dengan misi mencari laksa Janggus. dlm perjalanan tu tjumpa plak port mkn durian. Hubby yg mmg gila durian ni ajak singgah jap. so kitorg melepak mkn kat situ dgn durian yg sgt sedap ok. rugi xcuba!! owner gerai tu plak sgt baik, dia siap bg free sebiji durian ngan rambutan lg. Mmg best. Sampai kt balik pulau kitorg dgn yakin ni mncari kedai laksa janggus yg glamer. hahaha. Finally lepas 2 3 kali sesat n btanya ngan penduduk kampung yg ramah, kedai laksa janggus ada kat depan mata. Kitorg ni kira last customer dia la. Abg tu kata besanya depa dh tutup tp mmg rezeki kan dtg jauh dr sabah sbb nk mkn laksa original penang. Mmg tersangat puas hati mkn laksa dia. Kuah dia perrggghhh , sedap dan pekat sekali. aisey! cuma, yelah sedap tu subjektif kan. Bg aku kalau tambah masam sikit laksa tu lg sdap kot.hehehehe

lps kenyang makan laksa kitorg trus gerak blk feringghi. mlm tu just jln2 kt night market dpn hotel je. xde pon shopping souvenir sbb bg aku brgn dia mahai2 kot. After 15 min , hujan mula turun. kitorg decided blk hotel sbb ksian kat Alysha. Kang demam lak anak aku. Tp aku sempat sggah mcd depan hotel sbb nk beli bubur Alysha n ayam goreng mommy dia ni hehee. Bila hujan dh reda, aku ajak hubby lepak makan kat gerai dpn hotel sbb ada madi char kuew teoy. Yelah aku n hhubby kan fanatik Char kuey teow. So dh alang2 dtg penang msti nk rsa yg sdp kn. Tp hampeh!! knp aku rsa mknn yg aku promote kt hubby knonnya sedap kt utara ni suma xmenjadi. hukhukhuk sedih!

lepas hampa mkn mknn yg xberapa sedap, kitorg trus blk hotel n tdo. Tdo lg !!! hahaha..yelah perjalanan jauh kot.

Esoknya ktorg plan nk p breakfast gak kat transfer road. AKu siap google tmpt tu, tp bla dh nmpk gmbr aku nasihatkan g mkn tmpt len je sbb mcm xbrp nk best je tmpt tu. cam besa, hubby ngan adik dia mmg degil byk. Dorg nk g gak tmpt tu. Bla smpai, somi adik ipar aku kata, eh bang biar btol nk mkn kt cni. hahahaha. kan aku dh ckp korg xlalu mkn punya! tp hubby nk gak so layankan je la alang2 dh smpai kan. Ok meh aku cte detail tmpt tu, ngan background tepi jalan, pastu meja panjaaaang yg amat. Korg kena pilihla mna tmpt duduk yg kosong. xyah nk berlagak vvip sgt, kt sini konsep mkn dia dpt meja trus dduk. xkisahla korg duk tepi sape huhu. pastu order mkn ea, nk order biar spesifik sikit. mcm ktorg yg belasah order ni, bla mamak tu tnya nk order apa, selamba badak jwb roti kosong ngan kari ayam. Ok, bla order smpai, mak aih seketul dada ayam. sila la habiskan. Dan mengikut pengalaman, bila kita salah order maka tmpt ni akan menjadi tmpat plg mahal dlm sejarah roti canai yg korg pernah makan. Bayangkan roti kosong 3, kari ayam 2, minuman 4 gelas dengan harga rm15. Haaaa jgn tkejut ea, lumrah kat penang.

Abih makan, kitorg g pusing bukit bendera. masa tu mmg menyesal dtg sbb keadaan sgtla sesak ngan umat manusia yg ramai dan keadaan yg panas. Masa naik cable car, Alysha menangis xhenti sbb gayat. hahaha. nampaknya anak aku dh mewarisi perangai mommy dia la. pastu kitorg g padang kota singgah lg mkn pasembur. Masa kat penang ni mmg keje kitorg makan je lah. Xyah nk risau berat badan sbb mmg akan mendadak naik ke gunung beratnya ok.

Overall pengalaman aku kat penang, mmg agak best tp aku rsa best lg kot Langkawi. Apa yg aku perasan, kt penang ni suma bnda mahal2 kecuali laksa janggus sbb tu area kampung. Kalau korg nk cr hotel ke hape, elok la book awal2 takpon p la cr homestay kat kampung tu. Klu kat town, xrasalah suasana aman damai bcuti tu. Dari segi makanan plak, aku rsa bg yg berasal dr sabah ni mmg agak susah sikit la sbb ktorg xbiasa ngan style mamak. Seriously, kat sabah ni aku lepak mamak kalau nk pekena roti canai je. Lain menu, mintak mahap je la. Satu lg, kat penang ni kena pndai cr kedai yg bersih sbb mcm yg aku ckp biasanya gerai dia mmg xbrapa lalu nk mkn. Benda plg penting is, penang ni mahal!! suma bnda dia mahal2 huhu. Yg plg aku xblh trima is, makanan yg aku aspek sgt sedap xplak sedapnya kt sini. Yg aku xrsa nk mkn plak sgt sedap. Pasembur dia walaweh mmg terbaik tokk!! Pasni klu aku mai penang lg sure aku cr pasembur hehe.

ok la, since alysha dh start merengek. aku rsa aku kena berenti merepek kt sini. nk upload gmbar pon xlepaih sbb line internet sgt slow. xtau la apa masalahnya semenjak 2014 ni line celcom asyik problem je. Xpe, nt ada masa aku upload ye,kbai.