Monday 10 February 2014

Sweet & sour of life

Hidup tidak selalunya indah
Hidup tidak selalunya bahagia
Hidup juga tidak selalunya seperti apa yang kita impikan

Ada tikanya,
Mendung itu muncul
Menghujani kehidupan
Memadamkan senyuman
Mengalu-alukan tangisan

Itulah asam garam kehidupan
Lebih pedih jika mendung melanda alam perkahwinan
Suami isteri bergaduh
Bermasam muka
Dan syaitan laknatullah bersorak kegembiraan
Kerana berjaya merosakkan hubungan antara suami dan isteri

Adam,
Janganlah kau ego
Krn sesungguhnya ego mu akan merobek hati hawa mu,
Janganlah kau meninggikan suara
Krn sesungguhnya hati hawa itu sungguh rapuh untuk di kasari,
Janganlah kau biarkan setitis air mata mengalir
Krn sesungguhnya amat berat bagi hawa mu utk menangis

Adam,
Ketahuilah bahawa hati hawa itu sgguh rapuh
Dan pabila ia sudah hancur
Maka tiada sekelumit harapan bagimu untuk memohon ampun darinya
Setiap kelukaan hatinya akan mencambahkan ketabahan yg amat kau geruni
Dan pabila ia berlalu meninggalkanmu,  ketahuilah penyesalan itu tidak berguna lagi.

Adam,
Sayangilah hawa mu
Layan dan hormatilah ia seperti kamu menghormati ibumu
Sesungguhnya hawa mu telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kehidupanmu
Bahagiakanlah dia seperti ko berbahagia di hari pernikahanmu

- broken heart -

No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here: