Thursday 8 May 2014

Wanita Syurga Permata yang Berharga

 

1hb April 2014, aku menyuarakan hasrat kepada sang suami akan keinginanku untuk berjilbab. Penantian penuh debaran kerana aku yakin sang suami akan memperlekehkan hasrat ku. Yalah, lazimnya aku berpakaian mengikut arus fesyen semasa dan mungkin menurut perkiraanku suamiku akan merasa bahawa aku hanya terdorong dek fesyen artis di kala ini.

Tapi aku silap, aku mendapat kata Alhamdulillah atas keinginanku. Doa yg sekian lama dipanjatkan oleh sang suami ke hadrat Illahi agar isterinya berjilbab dengan lengkap.

Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Aku bersyukur ya Allah kerana dengan limpahan hidayah milikmu akhirnya hati ini terbuka untuk menjalankan syariatmu. Aku merasa bersyukur kerna menjadi insan terpilih dari berjuta insan lain.

Namun, aku risau akan tanggapan orang lain. Tanggapan masyarakat khasnya kaum keluarga. Aku bersyukur lagi sekali ya Allah kerana sang suami meyakinkan ku akan langkah yang ku ambil dan berjanji aku melindungi ku dari segala nista dan tomahan yg bakal menyakitiku dengan keizinan-mu ya Allah.

Sebulan telah berlalu, dan aku bersyukur kerna aku selesa dengan diriku sekarang, masih bertatih mencari ilmu Allah dan aku mohon doa kalian, doa kan aku menjadi wanita syurga idaman setiap wanita



No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here: