Sunday 12 January 2014

Perkahwinan itu Indah


Assalammualaikum

Baru sahaja selesai mengonlinekan diri di muka buku. Alkisah terlihat satu share post from my university friend about 10 Most Annoying Things Married People Do on Facebook. Aku pon gatai nk p baca menda apa ntah yg annoying sgt ni kan, rupa2nya xdelah annoying sgt pon. Cuma bagi yg blom berkahwin korang xpaham kot.

Menjuarai carta annoying bila kita dok upload gambar kahwin kita tem anniversary. hikhikhik, lucu pon ada! Actually, bg aku xdelah big deal sgt pon. Antara sebab kitorg re-upload gambar kahwin tu just untuk refresh kenangan terindah dalam kehidupan. Eh korang ingat senang ke nak bersanding tiap tahun? ngan baju sanding yg lawa2 tu, pastu ngan pelamin yg tersergam indah, haaa bajet kena besar woo nk kawen ni. Thats why kitorg suka re-upload gambar kahwin masa anniversary. Bukan niat nak menunjuk ye umat manusia sekalian, just nk share and refresh balik memori terindah tu. Biar sang isteri atau sang suami teringat kembali zaman kita sanding dulu. Toksah la pikior negatif, annoying bagai tu, cuba tgk dr segi positif, kan elok bg suami isteri untuk ingat kembali saat kita jatuh cinta dulu. Ececeh !!!

Aku faham, bagi yg blom kahwin tu mmg annoying la kan. Nak2 dah kawen ni korang dok upload gambar suami isteri g vacation sana sini, honeymoon sana, shopping sini. Tambah2 lg yg dah ada anak, ambooooii bak hang, asyik nak tayang gambar anak je. actually bkn tu nawaitu kitorg. Cuma nak share kn, biar kengkawan yg jauh tu nampak perkembangan kita. Besar ke kecik ke, kembang ke kuncup ke. hahaha. Contoh terdekat mcm aku la, kengkawan merata negeri. Ada yg kat Selangor, Terengganu, Sarawak, Johor. Xdan nak jumpa suma dalam setahun. So bila aku upload gambar anak ke gambar aku ngan family ke, dapat gak kengkawan update perkembangan kehidupan aku. hahaha, bajet artis btol!

Okay berbalik ke tajuk asal, actually semua tu bagi aku bukanlah most annoying things married people do. Pandangan aku, semua tu keindahan dalam perkahwinan yang bukan semua org rasa. Yelah, masa bercinta mmg la leh upload gambar berdua lebih baik, tp feeling tu xsama compare ngan bila korang dah kawen. Yelah, benda dah halal, xde sebarang kerisauan pon nk upload sana sini, cuma biarlah berpada2.

Lg satu indahnya perkahwinan sebab kita saling melengkapi antara satu sama lain. If korg kata dah 10 tahun bercinta, dah kenal sangat ngan partner korang. actually korang silap, keindahan sebuah perkahwinan bila korang dapat kenal luar dalam pasangan masing2, dapat menerima kebaikan dan keburukan mereka serta saling melengkapi antara satu sama lain. sweet x?? hehehe...

Perkahwinan tu memang indah. So bagi yg dah sampai seru, dah mampu, xyah lah korang nak tggu lama2, fikir panjang2. In Shaa Allah, rezeki itu milik Allah, ikhlaskan hati, betolkan nawaitu dan korang akan mengecapi kebahagiaan yang dinantikan.

Baiklah, Alysha dah mula merengek sebab nak main ngan abg pendek, abg sedara dia. But then, aku dah suh abg pendek dia tu masuk tdo, esok kan nak sekolah. So terpaksa berhenti membebel setakat ini sahaja. In Shaa Allah, ada masa kita membebel lagi ye. Apa yg penting aku nk ingatkan korang yg blom berkahwin, ingatlah perkahwinan itu indah. Hehehehe..bye






No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here: