Thursday 5 December 2013

Tips untuk anak Eczema - 1

Assalammualaikum

Last 2 weeks, my daughter Alysha kena Eczema yg agak teruk. Abih luka kat dua2 belah belakang siku ngan lutut. Mula2 luka sikit je masa still htr Alysha kat nursery aritu, so aku cam besa sapu la ubat organik yang mmg dia pakai. Selang 3 hari, rashes dia makin teruk. Asal nak tdo je Alysha start menggaru, sampai berdarah-darah kat tangan tu dia garu. Bila dah makin teruk, aku stop letak ubat organik tu sebab aku tau kesan dia lambat. Yelah, nama pon organik kan. Aku risau Alysha kena infection lagi teruk, so aku amik ubat lama dia yang Damai Specialist Hospital bagi, sapu kat seluruh badan dia. Hopefully itchy tu kurang la. Tapi xjuga. Alysha tetap gak menggaru. 


Eczema di bahagian belakang siku Alysha sebelum sapu ubat


di bahagian kaki dan tangan

Luka yg dah semakin kering

So, last tuesday aku ajak hubby pg jmpa Dr June, paed Alysha skang. dia tanya aku macam2 pasal ubat Alysha. Aku pon senaraikan la segala jenis ubat Eczema yang dia pernah pakai dan tak satu pon yang ngam ngan kulit dia sekarang. Dr June sarankan aku pakai Cetaphil. Dia tanya aku pernah try tak, aku jawab tak. Tapi aku tau Cetaphil salah satu jenis ubat yang kawan2 blogger sarankan bila anak dorang kena Eczema cuma hidayah tu blom smpai lagi kat aku tuk guna hehe. Maka, Dr June pon amik segedabak trial bottle utk Alysha try, and i was like oookayy, i will try this first. Maksudnya, yang organik tu letak tepi dlu bt sementara waktu ni.

Memandangkan skrg ni aku dah berenti keja, so aku blh monitor pemakaian ubat Alysha dengan lebih teliti lagi. Yelah, kan aku yg jaga kat umah. So, aku disiplinkan pemakaian ubat dan mandian dia. Alhamdulillah, dengan izin Allah, xsmpai seminggu luka Alysha dah elok dan aku masih amalkan pemakaian cetaphil tu untuk dia. kulit dia xdela licin dan gebu like before tp dia xlah keep on menggaru smpai luka baq hang. So kat sini, aku sertakan tips yang korang boleh try untuk anak-anak yg ada Eczema.

  1. Kalau boleh korang janganlah bg anak yg ada Eczema ni pakai segala macam produk mandian dan lotion yg ada kat pasaran. Memanglah as parents kita nak baby kita ni wangi2 cam baby org len. Tapi kalau dah wangian tu mendatangkan segala macam masalah kat baby skin kita ni elok la elakkan. Pelbagai produk ada khas untuk baby Eczema ni. Korang just perlu pilih je. Contoh ubat yg ada;-
  2. Elakkan mandi air suam / panas. Hah yang ni aku pon xboleh nak elak sangat sebab baby kan xelok bagi mandi air sejuk. Memandangkan umur Alysha dah hampir 2 tahun, so aku bolehla skip kan dia mandi air suam. Tu pon bapa aku slalu sound. Tak elok katanya mandikan budak kecik ngan air sejuk. Melalui pengetahuan yg aku dpt dr google ni, air suam sebenarnya mengeringkan kulit kita. So, untuk baby yg ada Eczema korang boleh jadualkan masa mandi dia. Macam Alysha, sebab dia ni bangun lewat so dalam jam 10 pagi tu br aku mandikan dia. Petang lak aku make sure dia mandi kul 4.30 ptg atau kul 5. kalau lebih dr tu aku lap je.
  3. Rumah korang kena make sure bersih dari segala debu, habuk, dll. Pastu xboleh sapu tau! dikhuatiri habuk akan berterbangan dan menyebabkan dorang rasa gatal2. Kalau boleh korang kena vaccum habuk tu pastu mop. Macam aku skang, aku make sure aku vaccum pastu mop lantai ngan dettol.
  4. Dari segi baju lak kalau boleh asingkan baju korang yang nak dicuci ngan baju baby k. Yg ni sangat penting sebab dorang sangat sensitif. So kena merajinkan diri sikit basuh baju dua kali hahaha.
  5. Last but not least dr segi makanan dia. Kalau boleh pantangkan sikit segala makanan telur, udang, sotong, yg gatal2 la. Tp to be honest, Alysha xpantang pon makanan ni. Aku bg je dia makan apa yg dia nak sbb aku pcaya body dia boleh lawan sendiri suma alergik tu. Kalau biasa dipantangkan nt sampai besar la dia xleh makan itu ini.Kesian, dahlah babah ngan mommy dia ni suka makan.haha.

Cetaphil- ni la ubat yg Dr June sarankan
 Tu je kot tips aku untuk kali ni. I believe parents know the best for their children. Ni mungkin tips yg aku amalkan je. Setiap orang mungkin berbeza, kalau korang ada tips lain, mungkin leh share kan?? Next, aku akan share jenis ubat untuk Eczema yg ada di pasaran k.


No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here: