Thursday 26 December 2013

Penang Vol 1

Assalammualaikum
Hai
Bertuah blog arini sbb aku rajin nak hapdate cta. Plus, Alysha dah bangun tp bek je xkaco aku. Dia join babah tgk bola sambil blaja bcakap. Oh ya, Alysha skang dah setahun 10 bulan. Dia dah pndai nk sebut nama kitorg. Alysha pggl mommy 'meh', babah, ayra, bapa, babu, aci abam, and byk lg pkataan yg dia dah pndai sebut wpon bunyi hujung2 je yg kita phm.ok done with that part.

actually aku nk cte sal trip g penang aritu. Best woo. Kitorg sampat kat KL on 12th and gerak g Penang on 14th. Kitorg travel berlima sahaja, ngam2 satu keta. Mula2 plan nk g nek flight je tp hubby kata x best, dia nk jalan darat gak. As for me, aku xberapa suka jalan darat. Sebab yg utama, jauh. Pastu, bila sembang ngan Nadiah, ex-officemate dlu dia pon cte pengalaman pacik dia kena tembak masa ngah berenti rehat kat r&r tahun lepas. Gile x gentar? Akak aku lg best, dia g kuarkan suma cte rompakan bagai kat highway. Lagi la aku xsetuju nak gerak ngan keta kan. tp memandangkan hubby aku ni jenis yg degil mengalahkan aku, so nak tanak kena ikut idea dia gak.

Mlm tu, adik hubby call gtaw nak gerak kul 12 am. I was like, gulp!! Abg ipar aku kata bahaya gerak g belah utara malam2 cenggini sbb lps r&r Sg Perak selalunya dh sunyi. Aku pon apalagi, provok la hubby aku ni suh tunda masa perjalanan. Gerak kul 2 3 am pon ok. Hubby try ikut kemahuan aku tp adik dia lak kata xbest jln lmbt sbb dorg nk sggah lepak minum kat r&r. Lg sekali aku telan liur, gulpp!! teringat masa kat Sabah aku dh pakat ngan hubby klu leh nk avoid berhenti kat r&r kecuali matahari dh kuar *tu idea hubby aku. Haaa, cane ni??

Hubby kata tawakal je, In shaa Allah xde pape. so tepat kul 12 mlm tu aku bersiap. Siap ttdo2 nunggu adik ipar ngan laki dia dtg amik. Tup2 hampir jam 2 am jg br dorg sampai. Lega sikit cik puan. sambil dok tggu tu aku siap packing bekal nak bawa nih. Gigih ko bawa bekal bagai, siap buatkan air teh utk hubby minum dlm keta. Motif?? Xnak singgah r&r !!! toloong laa weh~

Dimulakan dengan Bismillah, kitorg pon mulakan perjalanan. Oh oh before that aku de cte ngan adk ipar lam keta napa aku xnak gerak awl. Maka sekali lagi keluarlah segala versi cerita negatif dr aku. Ttba hubby kata "syyyhhh!!! dah dah xyah nk cte bukan2". Haaaa kan dah kena sound! hahaha

Kitorg bergerak ngan agak slow, berhenti kat r&r Tapah. Rest jap apstu sambung perjalanan trus ke Penang. eh eh kitorg ada singgah r&r G. semanggol gak sbb nk amik subuh. Tepat kul 6 pagi, kitorg secara rasminya berada di atas jambatan pulau pinang. Bangga Woo !! Penang aku dah sampai~ hahahaa
lebih kurang cmni la pemandangan kat jambatan tem aku sampai aritu
sumber: incik gugel


pas sampai je kat penang, kitorg trus google nk breakfast katne, masa cr tmpt nk breakfast ni yg lawak. nt aku update dlm penang vol 2 lak ye..

Short Trip to Kuala Lumpur (Trip melancong bersama anak)

Assalammualaikum.
Hai.

Agak lama mencutikan diri kat Kuala Lumpur membuatkan jari-jemari halus ku begitu kaku untuk mengolah ayat. Cewah ayat!! Halus kerrr cik puan?
Ok, dari 12hb Dec aritu saaaaampailah 22hb Dec lepas, kami sekeluarga bercuti di KL u guys! hahaha.. KL jer kowt? Destinasi wajib tuk aku pg every year.
Tahun ni je dh dua kali aku g, last bulan September aritu. X sampai setahun dh pg lg.Alhamdulillah... rezeki Allah nk bagi. Percutian kali ni pon actually percutian yg xdirancang. Elok je aku htr resignation letter, tup tup hubby kata ada tix murah trus beli. Aku apa lg, mmg happy sgt la kn dpt bercuti. Ok, enough membebel part tu.

Perkara pertama yg aku excited tp leceh nk bt is packing barang.

Haa, dlu tem stdy packing brg sendiri pon aku buat last minute, apatah lagi kalau packing barang bertiga ni. Hmmm, confirm ptg nk fly pagi tu br terhegeh2 nk pack. Trip kali ni pon sama, hubby dok membebel sebab last2 minute la aku nk p pasar beli belacan tuk org ni, beli kerepek tuk org tu. pastu nk sumbat kat luggage yg entah berapa kg dh lebihnya. Dan selalunya bila aku packing brg last minute tu lah byk benda penting tertinggal. Hmm.. mcm aritu, dh elok setting bek punya nk bawa dslr yg berhabuk tu, tup tup tertinggal. Terpaksa la snap guna smart phone je hukhuk.

ok, 1st thing 1st yg kita kna pack is brg anak. haaa, ko jgn dh jd mak2 ni mmg anak yg diutamakan. Baju anak klu boleh angkut 1 almari haaa..kat sini aku listkan mana yg penting je la tuk anak-anak kita ketika bercuti k.

1. Pakaian - Haaa, part ni mmg kena bawa extra. Tau je la anak2 especially yg dh pndai berjalan. Ceeeepat je baju tu nk kotor. So, dinasihatkan korang bawa la baju lebih. packing siap2 satu luggage tuk anak kita. Dari baju, seluar, stokin, kasut, tuala, semua sumbat dlm tu. Unless klu korg nk g shopping tuk anak, so leh jimat baju sikit. Tp mcm xelok je bg baby pakai baju yg xbasuh lg. Hmmm... no no no!! amik extra luggage tuk anak k.

2. Sweater/ baju hujan / baju panas - Haaa, yg ni korg kna tgk cuaca + tmpat korg nk g tu. Contohnya mcm bulan 12 ni, kat mna2 pon mmg musim hujan dlm Malaysia ni. So dinasihatkan bawa la baju hujan. kesian anak tu haa, basah dia kang. Klu nek flight plak, bawa la sweater tuk anak pakai dlm tu. Tp flight skang xberapa nk sejuk dah cam dulu. Klu dulu, siyes menggigil aku dlm flight. Skang ni, xdelah sgt. Even, anak aku, Alysha pon xnak pakai sweater, penat je aku bawa. Tp yelah, xsemua budak sama kan. Mcm anak aku, dia dh besa tdo dlm econ wpon xelok. xbg econ kang berpeluh, mula la nk nangis bagai, pastu tergaru sana sini mula lah eczema dia kuar. Bg pakai econ pon nangis gak, kulit jd kering so gatai kot. Hmmm, xpaham aku.

3. Stroller - haa ni penting bg aku dan hubby. Bukan apa, Alysha kalau pakai stroller elok je duk diam dlm tu. Penat kang dia nak susu pastu tdo. Dh boring duk dlm tu mula lah dia nk kuar pastu tolak stroller tu jd kan mainan. Aku pon senang hati nk shopping. Especially klu g mall or Jalan Tar yg tersangatlah ramai manusia kt situ kan. Klip kan portable fan tu pastu haaa, angkutla kemana saja. Tp xsemua org suka bawa ni. Ada yg kata menyusahkan. Terpulang lah ye cik kak, tgk la anak awak tu suka ke dok ddk dlm tu. Klu xsuka xguna gak kan?

4. Baby Carrier - Haa yg ni optional bg stroller. Masa umo alysha belum setahun hari tu, aku bawa dua2. Senang! kalau dia boring kt stroller leh masukkan kat carrier. Tp siyes aku xtahan bawa carrier wpon anak aku ni dikategorikan org ramai dlm kelompok badan kecik tp berat woo..haritu aku suggest hubby suh bawa carrier yg cam beg sekolah tu tp dia xnak. dia kata klu aku nk bawa, beli lah..i was like... hmmm ok xnak!

5. Susu / botol susu / pencuci botol / termos- ok yg ni mmg da kelebihan buat yg menyusu badan. Senang xyah angkut suma menda ni. Selak je.Ooopps!! Bg yg menyusu botol lak, jgn lupa bawa suma ni. Nak senang korg beli beg simple dimple mcm lam gmbr ni. Pastu korg sumbat segala benda alah set menyusu lam tu. Senang koje mak.
simple dimple bag - sebijik mcm beg aku beli.

6. Bekal - Bg anak yg dah boleh makan nasi xde masalah. Bagi baby yg br nk belajar makan boleh bawa nestum *sgt xdigalakkan. Bagi yg mkn homemade food bolehla korg bawa stok puri buah dan slow cooker utk memasak. Pengalaman masa alysha umo < setahun dlu, masa travel aku terpaksa masak puri awal2 pastu letak dlm termos supaya tahan panas. Pastu klu boleh masak bubur, aku cepat2 masak tuk dijadikan bekal. senang! kang kita nak menyinggah mana2 nk makan, dia pon leh la makan sama. Aku pakai food flask yg ada 3 compartment. senang aku asingkan siap2 pastu klu nak makan pon xyah nk cari piring bagai sebab dh diasingkan so yg len tu xlh kacau dan xbasi. Nt aku wat review pasal food flask ni k.

Aku rasa, tu je kot benda yg paling penting nk bawa. Benda len korg leh la tambah sesuai ngan keadaan masa tu. List ni sekadar jd guide or bg idea bt korg yg 1st time melancong. Mana tau korg terlupa ke hape ke kan. 

Okay xnak bebel panjang2, hubby dh jeling2 suh g solat dlu. Nt aku update pasal  trip ke penang tu ari k. babai.

Tuesday 10 December 2013

11.12.13

Assalammualaikum

Hai korang! do u know today is a very unique date? Yeap, tarikh yg kebetulan tersusun dgn sgt cantik. So, aku yakin rmi la kengkawan kat luar sana yg nikah hari ni kan? happy wedding day u guys. Oh oh xlupa bt kwn skola rendah aku, Encik Arif Hakimi yg akan menamatkan status encik single pada minggu ni. Selamat Pengantin Baru bt korang berdua Kimi - Ayu. In shaa Allah kita jumpa kat majlis kenduri kawen sebelah pihak lelaki ye. 


Nampak Pak Ustaz bersongkok dan berkaca mata tu? Jejaka idaman Malaya, dia la encik Arif Hakimi. hehe
p/s : sorry arif, aku rompak pic lam fb ko,hrp jgn mrh ea
Kebelakangan ni aku agak bz. Last friday aku blk kg husband, sbb adik ipar bt kenduri cukur jambul anak dia. Walaupun kitorg sekeluarga *aku, hubby & Alysha demam tp ku gagahkan diri jua balik ke kampung demi mereka. Cewah!! Sebenarnya aku dah janji ngan mil yg aku akan masak utk kenduri dorg. Act dah menjadi kelaziman klu ada kenduri kt umah mil, menantu2 dia ni lah yg akan masak tuk kenduri tu. Sedap x sedap tu belakang cta, yg penting ikhlas baq hang!!

Normally, aku akan jadi chief cook. Aku akan sediakan menu yg seimbang atas nasihat dr hubby dan mil. Biras aku yg 2 org tu plak akan jd Assistant Chief Cook. Tp kali ni kitorg berdua je, which mean aku n May yg masak. Gilerr ko, kitorg masak berdua je kot. dh la ngan idung yg tersumbat, dan lidah yg kehilangan deria rasanya, mmg rasa sgt teruja hokay!!

Mlm tu aku tdo kul 1 am, May plak kul 2 am.Pastu kul 5 am dh bgn blk smbung masak n kemas umah. syukur ke hadrat Illahi, akhirnya kenduri tu berjalan dengan lancar. Aku just masak kari daging ala India n Acar timun mentah. korg nk resepi?? nt aku bg nx entri eh. Kari daging tu aku xbg byk santan sangat dgn tujuan tuk mnjaga kesihatan. Tp besa lah org kg ko, mana nak tau suma tu. agaknya tuk 10kg daging dorg nk 10 kg santan gak hahaha.lantak pi la korg, semoga sihat selamanya~ mil lak bt pengat durian. Habis je kenduri, malam tu kitorg g kuar mkn sate kat sipitang. Besa nya masa tu ktorg akan dscuss apa yg kurg kt majlis kenduri sebelumnya & kitorg akan lepaking tuk ilangkan tension+ penat siang hari.

Mula2 plan nk blk kk malam tu tp sebab masing2 dh penat, so plan dtukar. ktorg blk pagi isnin. Selasa lak kitorg blk k.penyu tuk memenuhi jemputan majlis akad nikah ex-jiran sebelah umah mil aku kt sana. pastu melepak kt umah nenek hubby smpi la ke malam hari.

Arini plak ktorg plan nk p melawat umah cuzz kt papar. sbb dia nk kawen sabtu ni. Malangnya aku xdpt dtg sbb ktorg kn g kl?? so, better dtg awl dr lgsg xdtg kan. Sementara tggu hubby blk dr Keningau, suma kain baju yg nak di bawa ke Kl tu aku basuk. termasuk la kasut selipar dsb. Pastu esok nk kena packing lg, nk p kl.

Hm.. such a tired week before our vacation. hopefully everythng gonna b ok as plan. Amiiin~


Thursday 5 December 2013

senarai produk untuk anak Eczema

Assalammualaikum

Eczema. Korang familiar x ngan nama tu? As for me, oleh kerana anak buah aku ada 2 orang yg ada Eczema, and cuzz my hubby pon ada 2 orang ngan sakit yg sama, so its sound familiar to me. Mula2 dulu aku xtau pon apa kejadah benda alah tu. Masa anak my brother mula lahir dlu, pipi dia merah yg amat ngan segala jenis ruam yg ada. Masa tu lak kebetulan kenduri kawen aku. So, tetamu yg hadir sangat lah ramai ye tuan dan puan. Makcik2 aku suma kecoh kata anak dia ni kena ruam susu la, xletak bedak la, panas la, macam2 okay. Yelah, tau je lah kalau kenduri kawen ni segala jenis sedara-mara dr pelbagai pelusuk tempat datang. Pelbagai petua kena bagi kat akak ipar aku. Kesian dia, Stress baq hang. Yelah, awak tu ngah dalam pantang lg, anak pertama lak tu. Orang duk kata itu, ini. Rasa mcm kita xtau jaga anak sendiri lak. Sampailah anak buah aku dah cukup sebulan kot masa tu, br kita tau yg dia tu ada Eczema.

Eczema ni mcm sensitif kulit la. Sebab kulit dorg yg sgt kering, menyebabkan dorg rasa gatal2.Hmm, tu scara logik akal aku je lah, nak lg tepat definisi dia sila cr encik gugel k. So, Alysha plak aku sdar dia ada Eczema masa umo 4 bulan. Tem tu aku tgk pipi dia slalu merah2. Yelah, selalu budak2 ni suka gosok2 pipi dia ngan sarung tgn tp xdelah merah cam dia. So, aku syak yg dia ni ada mild Eczema. Tp bla dh semakin membsar, aku tgk Eczema dia makin lama makin teruk. Eh, ni bkn mild Eczema lg ni. 

Start dr tu lah aku rajin browse internet cr pasal Eczema dan cara merawatinya. Entri sebelum ni aku dah post pasal tips merawat Eczema. Sape tak baca lg blh klik sini. Yg ni lak aku nk share list of medicine yg korang leh try untuk anak korang. 

Aqua Cream. Ubat ni Alysha dpt dr paed Damai Specialist Centre hospital, Kota Kinabalu Sabah. Dia pakai gak cream ni tp aku xamalkan selalu sebab aku xberapa nk minat ngan cream yg camni. Kalau boleh aku lebih suka apply yg organik pnya.

Cherub Rubs ni plak aku diperkenalkan masa Baby fair kat One Borneo. Apa yg aku tau yg ni made from Australia. Malah, masa tu aku siap jumpa ngan founder Cherub Rubs ni. Dia sempat crita n tnjuk gambar grandson dia yg pakai produk ni sejak dr lahir smpai la skang. tambah meyakinkan, anak menantu dia ni sorg doktor tau. So, xkanlah doktor tu nk bg pakai anak dia produk yg xelok kan. Mula2 aku pon xyakin sgt ngan produk ni, tu yg aku beli trial pack untuk Alysha. Dlm trial pack tu ada skin balm, hair & body wash, skin soothe and outdoor balm. Murah xmurah gak la, 4 botol kecik tu harga rm 160++. Tp berbaloi2 tau korang! Produk ni sgt bagus. Thumbs Up. Cuma xtahan sebab bau dia xwangi. yelah, manada produk organik yg ada pewangi haha.Masa Alysha pakai produk ni, dia xlah tergaru sana, tergaru sini. masa aku balik kampung, aku akan make sure alysha pakai outdoor ointment tu pas mandi. Ni sebenarnya boleh mencegah dr gigitan nyamuk tau. Mula2 aku xcaya sgt, tp ada masa tu aku kena gigit nyamuk. Nyamuk kampung, gatal dia len sikit. so aku amik ubat ni, sapu kat tmpt yg gatal tu. Amazingly, few minutes after that aku dh xrasa gatal. So, aku boleh halang diri aku dari trus mnggaru smpai bengkak. See?? Yg xberapa best, kt KK ni blom ada lg kdai cherub rubs, dia kata will be open soon. So bt masa ni kna order dr branch kt Sandakan. Jauh tu.


Produk Moogoo. Yg ni aku xpernah try lg. Tp dr testimoni org ramai kata produk ni sgt bagus dan juga organik. Nak try jg one fine day.
Buds. Yg ni pon aku xpernah try, aritu ada gak tergerak hati nak pakai. Tp blom smpat beli dah terjatuh hati kat Cherub Rubs. Same like Moogoo, org kata produk ni bagus. korg try la!

Lucas Papaw Ointment. Hah yg ni aku pernah pakai. Memang berkesan dan xde bau yg xmenyenangkan. Lg extra best sebab produk ni organik. So, klau baby pas terjilat ke apa ke xde masalah. As parents, aku lbh prefer yg organik sbb kalau anak dok gosok tempt yg gatal pastu tgn msk lam mulut. haa, xde la dangerous sgt kan. Bygkan klu ubat yg ada steroid, dh la our baby skin pon makin menipis, pastu kesian kt dorg kecik2 dh kna pakai ubat alah tu.ish ish ish.


Ezerra. Hah yg ni Alysha pernah pakai. So far, agak ok jg la tp maybe sebab dia dah lama pakai ni so mcm dh xde kesan kat kulit dia. Tp tuk yg mild Eczema, pakai yg ni pon ok.


Last but not least, cetaphil. Produk ni cam best, produk nilah yg Alysha guna skg ni. Bt masa skg ni kesan dia still ok lg tp aku lom sempat google isi kandungan ubat ni. kot la ada steroid ke hape ke kan. Kalau korang tau, leh la share sama ye.

p/s: apa yg aku tau eczema ni xde ubat yg boleh hentikan penyakit ni. Dorang akan sembuh sendiri bila besar nt.Even aku yg pernah Eczema truk tem kcik dlu pon skang ni dh ok. Cuma kadang2 kalau aku berpeluh atau terlebih minum soya, rashes akan timbul dan mnghantui hdup aku blk. So, aku kena berpada-pada sikit minum soya wpon mnum fav aku hehe. Oleh sebab tu lah aku cuma berusaha untuk mengawal atau mengurangkan Eczema ni, nt pndailah ilang sendiri hehe

Tips untuk anak Eczema - 1

Assalammualaikum

Last 2 weeks, my daughter Alysha kena Eczema yg agak teruk. Abih luka kat dua2 belah belakang siku ngan lutut. Mula2 luka sikit je masa still htr Alysha kat nursery aritu, so aku cam besa sapu la ubat organik yang mmg dia pakai. Selang 3 hari, rashes dia makin teruk. Asal nak tdo je Alysha start menggaru, sampai berdarah-darah kat tangan tu dia garu. Bila dah makin teruk, aku stop letak ubat organik tu sebab aku tau kesan dia lambat. Yelah, nama pon organik kan. Aku risau Alysha kena infection lagi teruk, so aku amik ubat lama dia yang Damai Specialist Hospital bagi, sapu kat seluruh badan dia. Hopefully itchy tu kurang la. Tapi xjuga. Alysha tetap gak menggaru. 


Eczema di bahagian belakang siku Alysha sebelum sapu ubat


di bahagian kaki dan tangan

Luka yg dah semakin kering

So, last tuesday aku ajak hubby pg jmpa Dr June, paed Alysha skang. dia tanya aku macam2 pasal ubat Alysha. Aku pon senaraikan la segala jenis ubat Eczema yang dia pernah pakai dan tak satu pon yang ngam ngan kulit dia sekarang. Dr June sarankan aku pakai Cetaphil. Dia tanya aku pernah try tak, aku jawab tak. Tapi aku tau Cetaphil salah satu jenis ubat yang kawan2 blogger sarankan bila anak dorang kena Eczema cuma hidayah tu blom smpai lagi kat aku tuk guna hehe. Maka, Dr June pon amik segedabak trial bottle utk Alysha try, and i was like oookayy, i will try this first. Maksudnya, yang organik tu letak tepi dlu bt sementara waktu ni.

Memandangkan skrg ni aku dah berenti keja, so aku blh monitor pemakaian ubat Alysha dengan lebih teliti lagi. Yelah, kan aku yg jaga kat umah. So, aku disiplinkan pemakaian ubat dan mandian dia. Alhamdulillah, dengan izin Allah, xsmpai seminggu luka Alysha dah elok dan aku masih amalkan pemakaian cetaphil tu untuk dia. kulit dia xdela licin dan gebu like before tp dia xlah keep on menggaru smpai luka baq hang. So kat sini, aku sertakan tips yang korang boleh try untuk anak-anak yg ada Eczema.

  1. Kalau boleh korang janganlah bg anak yg ada Eczema ni pakai segala macam produk mandian dan lotion yg ada kat pasaran. Memanglah as parents kita nak baby kita ni wangi2 cam baby org len. Tapi kalau dah wangian tu mendatangkan segala macam masalah kat baby skin kita ni elok la elakkan. Pelbagai produk ada khas untuk baby Eczema ni. Korang just perlu pilih je. Contoh ubat yg ada;-
  2. Elakkan mandi air suam / panas. Hah yang ni aku pon xboleh nak elak sangat sebab baby kan xelok bagi mandi air sejuk. Memandangkan umur Alysha dah hampir 2 tahun, so aku bolehla skip kan dia mandi air suam. Tu pon bapa aku slalu sound. Tak elok katanya mandikan budak kecik ngan air sejuk. Melalui pengetahuan yg aku dpt dr google ni, air suam sebenarnya mengeringkan kulit kita. So, untuk baby yg ada Eczema korang boleh jadualkan masa mandi dia. Macam Alysha, sebab dia ni bangun lewat so dalam jam 10 pagi tu br aku mandikan dia. Petang lak aku make sure dia mandi kul 4.30 ptg atau kul 5. kalau lebih dr tu aku lap je.
  3. Rumah korang kena make sure bersih dari segala debu, habuk, dll. Pastu xboleh sapu tau! dikhuatiri habuk akan berterbangan dan menyebabkan dorang rasa gatal2. Kalau boleh korang kena vaccum habuk tu pastu mop. Macam aku skang, aku make sure aku vaccum pastu mop lantai ngan dettol.
  4. Dari segi baju lak kalau boleh asingkan baju korang yang nak dicuci ngan baju baby k. Yg ni sangat penting sebab dorang sangat sensitif. So kena merajinkan diri sikit basuh baju dua kali hahaha.
  5. Last but not least dr segi makanan dia. Kalau boleh pantangkan sikit segala makanan telur, udang, sotong, yg gatal2 la. Tp to be honest, Alysha xpantang pon makanan ni. Aku bg je dia makan apa yg dia nak sbb aku pcaya body dia boleh lawan sendiri suma alergik tu. Kalau biasa dipantangkan nt sampai besar la dia xleh makan itu ini.Kesian, dahlah babah ngan mommy dia ni suka makan.haha.

Cetaphil- ni la ubat yg Dr June sarankan
 Tu je kot tips aku untuk kali ni. I believe parents know the best for their children. Ni mungkin tips yg aku amalkan je. Setiap orang mungkin berbeza, kalau korang ada tips lain, mungkin leh share kan?? Next, aku akan share jenis ubat untuk Eczema yg ada di pasaran k.


Tuesday 3 December 2013

Surirumah Sepenuh Masa

Assalammualaikum

Sementara nk tggu waktu subuh menjelma, iolss nak keep updating my blog. Yelah, kalau dah packing
lappy ni sure mata trus lelap. Pastu nak bangun subuh pon liat sbb tdo lewat. Haipp!! xleh~

Bulan ni iolss dah officially unemployed. Penggangur terhormat getu. hihi. Genap 8 bulan iolss bekerja, terus resigned. Me myself actually did not plan to resigned sebegini cepat. But then, like people always said; kita hanya merancang Allah yang menentukan.

Iolss slalu kata, paling cepat pon iolss resign bln 12 ni which mean this month la kan ataupun kalau iolss pregnant or dpt new job. Hakikatnya iolss resign bukanlah atas sebab/ alasan yg disenaraikan. Nanti iolss story ye pasal kes resign tu.

So, starting this month December '13 i will officially become a housewife, again~ Bangga weh! Kembang idung iolss bila ngaku jadi housewife ni. Dulu sebelum iolss keje, memang sumtimes iolss bengang gak la bila orang asyik bertanya. Common Questions from them is just like this;
  • Weh, u r degree holder, why u want to sit at home? Being a housewife. Go and find some job to do!
  • Ko xrasa nak cari keje ke? Sayang la degree ko terperap je kat umah.
  • Eh, skang ko katne? Keje ape? eh, xkeja? ooo... surirumah je
  • Anak ko sape jaga? ko keje katne?
Haaaa~ korang bengang x kalau setahun dua dengar soalan cmni? Bosan gila kan? Alhamdulillah, berkat rezeki anak, awal tahun 2013 iolss dapat tawaran keje. Mula2 keje mmg cam bangang gak la, dengan nak blajar byk benda, nak setup new office, fyi iolss ni kira first admin kat branch ni. So iolss yg langsung xde basic keje ni kena setup suma benda kat office. Gilo ! yess, mmg gila. Tp sebab iolss mmg minat keja ni ngan colleagues yg sgt best so iolss pon manage to do everything to be in order.

Tp tulah org kata, langit xselalunya cerah. Iols xdapat bertahan smpai setahun pon atas sebab yg bakal iolss crita dlm next entry eh. This december, iolss secara rasminya kembali menjadi housewife dengan kerelaan hati yang tiada tolok tandingnya. Cewah! Kembali mengurus anak, husband, bapa dan segala kerja-kerja rumah yang telah lama ditinggalkan. 


Now i become a great wonder mommy to my family!!



A New Beginning December 2013


Assalammualaikum

Hai korang! Masih ingat dengan blogger cheequey yg langsung xfemes tu? hahaha. Malu nak ngaku iolss ni blogger sbb dah lama gila xupdate blog daku. Mungkin lagi sesuai iolss kata ex-blogger kot? ngeee.. Walau bagaimanapun *wah, ayat bahasa melayu ko!  memandangkan iolss dah kembali menggoyangkan kaki di rumah manis rumah ni, so iolss pon bertekad nak jadi blogger kental getuuu~
Bila iolss buka blog lama iolss, gedebak! gedebum! habis bjuta habuk jatuh atas lappy. Hahaha, ok itu tipu ye~ iolss malu la nk nengok sgala post lama ngan ceghiter karut komedia x tu. Maka, iolss pon bt lerr blog baru dengan azam baru walaupon xmasuk tahun baru lagi hehe.

Azam iolss :-
  • In Shaa Allah, if xde aral melintang ke menegak ke, iolss akan merajinkan diri untuk menghapdate belog daku ini.
  • iolls xnak share url blog. sape jumpa dan sudi baca, bebanyak time kasih iolss katakan. thank you in advance kata omputeh.
  • kalau sape nk follow blog iolss, silakan..xde halangan k. iolss akan cuba sedaya upaya jd follower korang balik.
  • Memandangkan iolss ni dah ada hasben ngan anak, so mungkin byk story iolss tu pasal mereka dan keluarga mereka. so harap readers jangan muak plak ngan iolss ye.
Hmm, tu je kot iolss nk gitau. Xleh hapdate panjang sgt, skang pon dah masuk kui 3.40 am. sat lg dah subuh. So, lets sleep pepols~ see you on the next post!